THE PLATFORM (2019)


The platform (2019)
Spain
Genre:Thriller
Netflix
1/10

Sejujurnya filem ini membuatkan saya rasa mual dan loya ketika berusaha gigih untuk habiskan tontonan . 

Kisah sekumpulan manusia yang ditahan di dalam sebuah bangunan setinggi 333 tingkat ,  dan di setiap tingkat pula terdapat 2 orang tahanan. 

Mereka diberikan makanan dengan menggunakan lif yang diperbuat dari batu di bahagian tengah disetiap tingkat. Bayangkan makanan yang dihidangkan itu untuk kesemua tingkat dan terpulang pada tingkat mana yang bernasib tidak baik mereka tidak akan mendapat makanan langsung akibat sikap tamak tahanan di level tertentu yang menghabiskan makanan tersebut. 
Makanan mula diagihkan dari level 0 hingga level terakhir. Bagi tahanan yang berada di level 50 ke bawah dianggap level bertuah kerana makanan yang dihidangkan masih berbaki di atas meja tingkat. 

Cerita ni banyak menonjolkan sikap manusia yang mementingkan diri sendiri dan tamak haloba kerana hidangan yang disediakan kalau diikutkan cukup untuk setiap tingkat sekiranya setiap tahanan bersikap tolak ansur dan rasa bertanggungjawab supaya semua tahanan disitu dapat makanan. 
Bukan setakat makanan dimakan tanpa had malah setiap tahanan saling berbalas dendam dengan mengotorkan makanan yang akan diturunkan ke tingkat seterusnya. Ada yang meludah ,  kencing dan buang besar pun ada. Part ni memang jijik bagi saya. 
Bagi tahanan yang tidak dapat makanan mereka terpaksa saling berbunuh rakan sel supaya dapat makan daging rakannya itu untuk meneruskan hidup. Sementara menunggu 30hari berlalu kerana setiap bulan setiap tahanan akan berubah tingkat samaada berada di level terbaik atau level paling buruk. 

Sampai sekarang saya masih tidak dapat lupa aksi jijik dalam filem ni 😅😅

Fb:Reyna Arryssa
Ig:reynas_art
Yt:Reynas Art Channel
reynasartcorner.blogspot.com

Comments

Popular Posts