Buah Kulim


Buah Kulim 

Buah kulim atau lebih dikenali sebagai bawang hutan boleh digunakan sebagai bahan dalam masakan bagi menggantikan bawang putih. 

Rasa dan baunya agak keras sedikit dari bawang putih. Ada rasa pedak sedikit. Buah kulim hanya tumbuh dikawasan hutan dan agak sukar untuk dibeli kerana susah untuk ditemui jual dipasaran. 

Mungkin disebabkan permintaan yang kurang atau mungkin juga sukar untuk didapati kerana bagi mendapatkan buah ini perlu masuk ke hutan. 
Luaran keras dan perlu dipecahkan terlebih dahulu baru boleh ambil isinya. Kalau dilihat isinya tu tidak ubah seperti buah keras yang digunakan dalam masakan. 

Banyak khasiat buah kulim ini yang tidak secara meluas diketahui umum. Cara penggunaannya samaada direbus minum airnya sebegitu sahaja atau dihiris halus dimasukkan dalam pelbagai masakan. Malah ada juga yang menjadikannya ulam-ulaman. 

Antara khasiat buah hutan ini adalah:

1. Membuang toksin dan mencuci darah secara semula jadi. Darah akan menjadi lebih cair dan sihat.

2. Sangat berkesan bagi mengawal kencing manis, darah tinggi, gout, menghilangkan buasir dan jerawat.

3. Membantu pesakit buah pinggang dalam menurunkan index kekotoran darah (creatinine).

4. Menghakis kolesterol supaya darah berjalan denga lancar disepanjang arteri darah.

5. Mampu menghilangkan bisa-bisa badan yang berpunca dari darah yang kotor.

6. Menambahkan tenaga untuk untuk bekerja seharian tanpa ada rasa keletihan.

7. Membantu mencuci usus, menanggalkan kerak dan lemak disekeliling usus supaya usus anda menjadi bersih dan sihat.  

Ini antara khasiat yang dapat saya kongsikan. Banyak lagi khasiat buah ni. Semoga bermanfaat 😘

Fb: Reyna Arryssa
Ig:reynas_art
Yt:Reynas Art Channel
TT : reynas_art
reynasartcorner.blogspot.com

Comments

Popular Posts