Kuih Ladu Kelantan


Ladu Kelantan
Wakaf Che Yeh
Rm7 Sebungkus 
4/5

Ladu merupakan makanan tradisi Kelantan yang diperbuat daripada pelbagai jenis rempah ratus. Ladu kebiasaannya dimakan oleh wanita yang baru melahirkan anak sewaktu dalam pantang untuk memanaskan badan.
Bagi tekak saya kuih sedap dan tak manis. Kuih ini memang sesuai bagi orang lepas berpantang sebabnya saya makan sebiji kecil pun dah rasa panas satu badan saya. Kuih ni ada rasa pedas sedikit dan manis dia lite-lite je. 

Bagi sesiapa yang belum pernah makan kuih ni macam saya ,  saya nasihatkan jangan sesekali makan banyak ye... Risau tak tidur malam karang sebab panas. 

Panas dalaman badan selepas memakan kuih ladu ni adalah kerana bahan yang digunakan adalah dari pelbagai jenis rempah ratus antaranya halia ,  lada hitam ,  kayu manis , bunga cengkih ,  halba dan ada sesetengah orang letak bunga lawang juga. 

Bagi yang teringin merasai keenakkan kuih ladu ini bolehlah datang ke Wakaf Che Yeh. 

Fb: Reyna Arryssa
Ig:reynas_art
Yt:Reynas Art Channel
reynasartcorner.blogspot.com

Comments

Popular Posts