The Womb (2022) - Inang


The womb-inang 2022
Indonesia
Netflix
Genre:Horror
9/10

Baru selesai menonton filem dari seberang. Jalan cerita agak menarik dan tidak meleret. Kalau boleh hadap tanpa berganjak ,  maknanya bestlah cerita tu. 
Actually cerita ni bukanlah cerita seram hantu. Tapi lebih kepada pemujaan / ritual bagi mengusir nasib malang pada malam tertentu yang telah dipilih dan dipersetujui bersama bomoh yang akan menjalankan aktiviti pemujaan tersebut dan memerlukan darah yang perlu dikorbankan sebagai syarat bagi memastikan ritual tersebut berhasil. 

Cerita ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Wulan, yang telah ditinggalkan oleh teman lelakinya apabila dia didapati hamil anak hasil hubungan haram tersebut dan enggan menggugurkan kandungannya. 
Wulan mengambil keputusan  berhubung dengan kumpulan "Support Bumil" (singkatan dari Ibu Hamil) melalui laman sosial Facebook bagi mencari jalan penyelesaian kepada dirinya yang terdesak oleh keadaan kerana telah dibuang kerja dan juga dihalau keluar dari rumah sewanya ketika itu. 

Setelah berbincang dengan pengasas kumpulan tersebut , Wulan telah membuat keputusan untuk menyerahkan anak dalam kandungannya kepada keluarga Santoso yang kaya tapi sudah berusia. 
Sepanjang tempoh kehamilan tersebut Wulan tinggal bersama keluarga Santoso di rumah mereka sehingga bersalin. Dia akan dijaga makan pakai dan diberikan layanan yang istimewa oleh pasangan suami isteri tersebut.
Pada mulanya Wulan berasa gembira kerana pasangan tersebut mengambil berat dan melayan Wulan dengan baik, tapi lama-kelamaan Wulan merasakan sesuatu yang aneh tentang pasangan tersebut dan rumah mereka seolah ada sesuatu yang telah disembunyikan dari pengetahuannya yang membuatkan dia berasa takut dan was-was pada pasangan tersebut. 

Seorang pawang dijemput bagi menjalani satu ritual tradisi yang didakwa untuk melindungi kandungan Wulan dari malapetaka. Selepas dari upacara tersebut dia kerap bermimpi benda yang aneh-aneh serta jelmaan seorang perempuan sering mengganggu fikirannya. 
Wulan cuba untuk keluar dari rumah tersebut yang terletak jauh terpencil di kawasan hutan dengan curi-curi menghubungi kawannya bagi membantu dia melarikan diri tetapi kawannya itu tidak muncul-muncul. Rupa-rupanya kawan dia tu telah dibunuh oleh Santoso setelah mengetahui yang wulan telah meminta bantuan dari rakannya itu. 
Kalau nak tau apa yang jadi pada wulan seterusnya korang kenalah tengok sampai habis. 

Fb:Reyna Arryssa
Ig:reynas_art
Yt:Reynas Art channel
reynasartcorner.blogspot.com

Comments

Popular Posts