The Beauty Inside 2018


The Beauty Inside (2018)
Korean Movie
Genre : Komedi ,  cinta 
Netflix
4.5/5

Tertarik nak melihat drama bersiri korea ni sebab tertengok trailer drama ni di tik tok terus teracun nak tengok. 

Mana tak nyer jalan cerita seakan cerita dongeng Cinderella yang mana perempuan cantik bila tiba waktunya melarikan diri dari sebuah majlis dan sempat masuk ke dalam kereta tanpa menghiraukan sebelah kasutnya tertinggal semasa melarikan diri tu. 

Mujur sempat masuk dalam kereta. Terkejut tiba-tiba dia berubah jadi seorang lelaki sasa. Memang kelakar cerita ni. 

Cerita ni mengisahkan seorang pelakon popular bernama Han Se Gye .dia ni popular kerana sering melarikan diri semasa majlis atau pelancaran filem diadakan . Kiranya ala-ala running bride gitu.

Oleh kerana sering melarikan diri dia menjadi bualan ramai dan juga buruan pihak media bagi mengetahui apa yang sebenarnya berlaku hingga dia sentiasa menghilangkan diri selama 7 hari dalam Setiap bulan. 

Tiada siapa pun yang mengetahui perkara sebenar yang berlaku kecuali pengurusnya iaitu U-Mi dan juga rakan baiknya Eun Ho. 

Han Se Gye mengalami penyakit atau lebih tepat sumpahan secara tiba tiba sejak sepuluh tahun yang lampau yang mana tiada ubat atau cara untuk menghilangkan sumpahan atau penyakitnya itu. 
Pada setiap bulan ,  selama 7 hari Han Se Gye akan berubah secara tiba tiba dari segi fizikal ,  bangsa ,  jantina dan juga umur menjadi orang lain yang tidak dikenalinya. 
Setiap kali tiba kejadian ini ,  Se Gye akan melarikan diri dari diketahui pihak media dan semua orang tentang perubahannya itu. Dia akan menyembunyikan diri di dalam rumah sehingga dia bertukar semula menjadi dirinya supaya rahsianya itu tidak pecah ke pengetahuan media. 

Han Se Gye kemudian bertemu dengan Seo Do Jae iaitu seorang pengarah syarikat penerbangan terbesar di Korea Selatan. Meskipun kelihatan sempurna, namun Seo Do Jae juga memiliki penyakit yang pelik selepas terlibat dalam kemalangan, iaitu prosopagnosia, di mana tidak boleh mengenali serta mengecam wajah orang lain.
Mereka kemudiannya bercinta dan kekasihnya itu langsung tidak tahu mengenai penyakitnya itu. 

Agak agak korang macam mana penerimaan kekasih Se Gye bila tiba waktu dia bertukar fizikal menjadi orang lain. 

Kalau nak tau ,  korang nengoklah sendiri ye. Apa pun cerita ni seronok dilayan sebab jalan ceritanya santai dan lawak.

Fb:Reyna Arryssa
Ig:reynas_art

Comments

Popular Posts