Reality Z


Reality Z
10 episod
Brazil
Genre: Seram , komedi, aksi
Netflix
5/5


Filem seram santai yang tidak berat dan tidak menjemukan.seronok  melayan filem ni sampaikan tak sedar dah habis.khabarnya ada season kedua nanti.Tak sabar menanti.

Mengisahkan sebuah sekumpulan peserta yang menyertai rancangan realiti show iaitu Olympus. Kesemua peserta yang terpilih wajib bertahan untuk menang yang mana mereka dikurung di dalam sebuah rumah yang dilengkapi pelbagai peralatan. Mereka harus teruskan hidup dengan  berkongsi sejumlah bekalan makanan yang dibekalkan kepada mereka. Berlatarbelakangkan zaman yunani dewa dewi. Selain itu mereka juga tidak diberikan sebarang peralatan untuk mereka mengetahui dunia luar. 
Bayangkan terkurung dalam sebuah rumah tanpa tahu apa yang berlaku di dunia sebaliknya dan tiba tiba mereka dikejutkan dengan serangan zombie yang tidak mereka tahu apa punca merebaknya wabak itu hingga masuk ke dalam rumah yang mereka tinggal. Dengan beberapa orang peserta yang tinggal ,  mereka berusaha menyelamatkan diri masing-masing supaya tidak menjadi mangsa zombi. 
Ni antara filem yang saya suka. Tak ada rasa tekanan ketika menontonnya itu. 
Mereka mengunci diri di studio untuk bertahan hidup dari serangan zombie

Comments

Popular Posts