The rain 2018


The Rain 2018
3 Season
Netflix
Genre : Sci-fi ,  Aksi
1.5/5

Keh! Keh! Keh!  Tahniah berjaya buang masa hadap citer ni sampai perabih 😂😂

Makcik is tabah layan sampai habis walaupun tak menepati piawaian makcik 🤣🤣

Tengok review orang cakap best. Mungkin pada saya tak berapa nak boleh masuk sangat kot citer ni. 

Cerita ni pasal hujaaaaan.. 😂😂 dari awal sampai habis yang jahatnya tu hujan. 

Oklah ringkaskan citer. Cerita ni pasal virus yang melanda seluruh negara merebak melalui hujan hasil kajian yang tidak berjaya yang dibuat oleh saintis yang bekerja dibawah Appolon. 
Hujan ni boleh menyebabkan kematian kepada sesiapa yang terkena. 

Oleh kerana ingin mencari dan membuat penawar virus ini. Ayah kepada dua orang adik beradik iaitu simone dan Rasmus telah mengurung kedua dua anaknya itu di sebuah bunker iaitu tempat tersembunyi di bawah tanah yang dipenuhi dengan makanan dan udara yang mengcukupi. Selama 6 tahun mereka bersembunyi dan akhirnya tempat persembunyian mereka dijumpai oleh sekumpulan remaja yang ingin mencari bekalan makanan demi kelangsungan hidup. 
Simone dan Rasmus pada awalnya dijadikan tahanan bagi menjadi petunjuk arah untuk mencari bunker seterusnya yang disediakan oleh ayah simone dan rasmus bagi meneruskan hidup apabila bunker yang mereka huni sekarang telah kehabisan bekalan makanan. 

Untuk cerita selanjutnya tengoklah sendiri. Malas nak bercerita dah 😂😂😂 sebab tak best 😝😝

Comments

Popular Posts